Wednesday, February 15, 2012

Kertas Kerja Majlis Graduasi

Hai Semua
Hanya nak berkongsi pengalaman..
Ini merupakan program besar pertama yang saya diminta laksanakan setelah berpindah ke sekolah baru. bayangkan baru saja menjejakkan kaki tak sampai 3 bulan, pengetua saya minta untuk saya kendalikan program yang saya anggap besar (bagi saya la...hehe) sebab ia melibatkan penganugerahan kepada pelajar yang akan menamatkan sesi persekolahan. sebenarnya, saya xde pengalaman untuk anjurkan lagi majlis graduasi. mungkin sebab sekolah lama, xpernah buat lagi. walaubagaimanapun, kerjasama kawan-kawan baru dapat menjayakan program ini. di sini, saya nak kongsikan kertas kerja untuk rujukan kawan-kawan. kalau perlu ada prubahan, just bagitau saya. sya akan cuba perbaiki. terima kasih...
KERTAS KERJA
MAJLIS GRADUASI 2011 


1.Pendahuluan

Tahun 2011 telah mencatat sejarah SMK Puchong Permai kerana pertama kalinya sejak persekolahan dibuka pada tahun 2009, ini merupakan kali pertama sekolah melahirkan pelajar tingkatan 5. Oleh itu, pihak sekolah telah sebulat suara bersetuju untuk mengadakah Majlis Graduasi. Majlis ini dirancang adalah sebagai tanda penghargaan pihak sekolah kepada para pelajar tingkatan 5 yang bakal menamatkan sesi persekolahan pada tahun ini.

2.  Objektif

  1. Memberi suntikan semangat kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada bulan November nanti.
  2. Memberi pengiktirafan kepada pelajar sepanjang berada di sekolah ini.
  3. Memberi penghargaan kepada pelajar tingkatan 5 atas segala jasa dan sumbangan mereka kepada sekolah.

3. Sasaran

Semua pelajar Tingkatan 5 SMK Puchong Permai.

4. Tarikh Cadangan

Tarikh :           9 November 2011(Rabu)
Masa  :           8.00 pagi hingga 10.30 pagi


5. Tempat

Dewan Sri Permai, SMK Puchong Permai



6.Anggaran Kos/Perbelanjaan.

  1. Jamuan pelajar                                82 xRM 6.00  =          RM 492.00

  1. Plak  Anugerah Khas                             1 x  RM 40.00    =          RM 40.00

  1. Frame Sijil                                                     6 x RM10.00  =          RM 60.00

  1. Sijil Pelajar                                                                            =          RM 200.00

           
           



           JUMLAH:                                                                  RM 792.00


7.  Sumber kewangan

  1. Wang PCG Bimbingan dan Kaunseling                         =         RM 792.00


JUMLAH:                                                                          RM 792.00


8.  Senarai AJK (Lampiran 1)

9.  Aturcara Program (Lampiran 2)

10. Penutup.

   Di harapkan majlis ini berjalan lancar dan mencapai matlamat yang diharapkan.




Disediakan oleh:                                                                      Disahkan oleh :



--------------------------------------                                             ------------------------------------       
Pn. Zulfa bt Hasbullah                                                            Pn. Normawati bt Tajuddin
GBKSM                                                                                       Pengetua
SMK Puchong Permai                                                             SMK Puchong Permai              

No comments:

Post a Comment